Persidangan Kebangsaan Jurubahasa Isyarat (NASLI) 1.0 telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Setelah dua dekad, kami amat berbesar hati untuk mencadangkan agar kerajaan negeri Pulau Pinang sudi menjadi tuan rumah bagi NASLI 2.0 sempena Persidangan Kemuncak ASEAN 2025 yang mendokong prinsip keterangkuman dan pemerkasaan OKU. 

 

Hasil daripada persidangan NASLI 1.0 tersebut pihak penganjur telah berjaya memperolehi : 
I.    Peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi Latihan Jurubahasa Isyarat dari seluruh negara.
II.    Peserta yang menyertai latihan disasarkan memberi perkhidmatan ke seluruh negara di Institut Pengajian Tinggi, NGO peringkat negeri dan agensi kerajaan yang lain. 
 

OBJEKTIF:

 

3.1 Pembangunan Profesional
Meningkatkan kemahiran jurubahasa melalui ucap tama dan perbentangan kertas dari pakar-pakar dalam bidang kejurubahasaan.
Memahami perkembangan terkini, cabaran serta amalan terbaik kejurubahasaan.

 

3.2 Penjalinan Hubungan Kerjasama Serantau
Menjalin hubungan kerjasama yang lebih erat antara pengamal bahasa dan Jurubahasa Isyarat di Malaysia dan ASEAN serta berkongsi pandangan, pengalaman dan ilmu kejurubahasaan.

 

3.3 Pengiktirafan oleh kerajaan Jurubahasa Isyarat sebagai pendokong aspirasi negara untuk mewjudkan masyarakat yang inklusif.

 

3.4 Pemerkasaan Hak Asasi Komuniti Pekak dengan meningkatkan jumlah Jurubahasa Isyarat yang bertauliah (UNCRDP).


3.5 Perkongsian Budaya Pekak Kebangsaan dan Serantau
Meningkatkan pemahaman dan penghormatan terhadap kepelbagaian budaya dan bahasa dalam komuniti Pekak.


3.6 Pemantapan Kod Etika 
Mengukuhkan pematuhan amalan etika kebangsaan dalam menangani cabaran serantau dari segi pensijilan dan akreditasi.

 

3.7 Teknologi dan Inovasi
Menerokai kesan teknologi ke atas profesion Jurubahasa Isyarat termasuk perkhidmatan RSI dan kecerdasan buatan (AI).

 

3.8 Penyelidikan dan Pembangunan
Berkongsi hasil penyelidikan dan perkembangan terkini dalam bidang kejurubahasaan.

 

3.9 Sokongan dan Bimbingan
Mengaplikasikan konsep ’mentoring’ dalam bidang kejurubahasaan.
 

 

 

 

Jadual Seminar

Tempat

Maklumat Tambahan

 

Disokong Oleh

Penceramah

 

For Donations

QR code