×

Participant

Organiser

Source: Bernama

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Ia termasuk semua pertandingan dan acara sukan tempatan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah acara anjuran NGO seperti larian amal juga tidak lagi memerlukan kebenaran PJS seperti sebelum ini.

 

Menterinya, Hannah Yeoh berkata keputusan tersebut adalah sebahagian daripada hasil perbincangan menerusi program Townhall Bersama Industri Sukan pada 31 Januari lalu dan selaras dengan konsep Madani untuk tumpukan perhatian kepada penyelesaian masalah.

 

"KBS telah memutuskan semua pertandingan acara sukan tempatan yang dianjurkan oleh badan sukan sama ada persatuan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah serta kelab-kelab berdaftar yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] tidak perlu mendapatkan kelulusan PJS.

 

"Walaubagaimanapun, badan sukan perlu memastikan semua pertandingan dan acara sukan yang dijalankan dan disertai adalah mengikut kaedah garis panduan yang diiktiraf. Ini termasuk langkah kesihatan dan keselamatan melibatkan peserta, pegawai dan penonton.

 

"Selain itu perlu dapatkan perlindungan insurans," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
 

Katanya, bagi kementerian dan badan kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan pula, Hannah berkata mereka perlu berhubung dengan KBS melalui Jabatan Sukan Negara bagi tujuan penyelarasan.

 

Hannah juga menyatakan semua penganjur disarankan mematuhi pelaksanaan kod sukan selamat dalam setiap pertandingan dan acara yang dijalankan.

 

Sekarang Jawatankuasa Mmk Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang akan menyelia penganjuran sukan, dan memerlukan maklumat berikut: 

 

Bahagian A: Permohonan Surat Perakuan dari Pejabat Ahli MMK Belia & Sukan Negeri Pulau Pinang


1 Latar Belakang Persatuan / Syarikat
2 Senarai Nama Ahli Jawantankuasa Pengelola
3 Bajet Penganjuran
4 Peta Laluan
5 Surat Permohonan kepada Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)
6 Surat Permohonan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
7 Surat Pelantikan Pasukan Kecemasan yang Bertauliah
8 Insurans

 

Bahagian B: Dokumen Sokongan
1 Surat / Dokumen / Nota Kebenaran Pemilik Venue
2 Surat Kebenaran dari Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)
3 Surat Kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
4 Surat Sokongan dari Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP)
5 Surat Sokongan dari Persatuan Sukan Negeri Pulau Pinang (Persatuan Sukan yang terlibat)

 

Jika anda berminat untuk menganjurkan acara anda sendiri, hubungi kami di info@howei.com

 

Credit: Howei.com & astroawani.com