×

Participant

Organiser

Pertandingan Keusahawanan Belia (YEC) 2024

Pertandingan Keusahawanan Belia (YEC) 2024 banner

Pertandingan Keusahawanan Belia (Youth Entrepreneurship Challenge - YEC) merupakan satu inisiatif kerjasama antara MMK Pembangunan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang di bawah EXCO Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) di bawah pimpinan EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan. Pertandingan Keusahawanan Belia ini bertujuan menyediakan platform untuk belia mempamerkan kreativiti dan inovasi mereka dalam idea perniagaan. Selain itu, platform ini juga bertujuan untuk mengembangkan idea belia menjadi realiti melalui bimbingan dan tunjuk ajar yang disediakan sepanjang program ini.

Objektif:
i.         Membangunkan dan membimbing belia ke arah keusahawanan;
ii.        Membantu belia-belia supaya lebih kompetitif dan dinamik dengan inovasi, trend dan teknologi terkini;
iii.       Menyediakan platform bagi belia untuk berinteraksi, berkongsi, dan mengembangkan idea perniagaan inovatif mereka;
iv.       Memberi peluang pendedahan kepada belia untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam bidang keusahawanan.

Garis Masa YEC 2024:
Tempoh Pendaftaran - 11 Jun 2024 - 12 Julai 2024
Tarikh Akhir Penghantaran Rancangan Perniagaan (Business Proposal) - 16 Ogos 2024

 

Sila layari laman web YEC 2024 untuk maklumat lanjut:
https://pydc.com.my/yec2024/  

 

Hubungi Helpdesk untuk sebarang pertanyaan. 

 

 

Terma & Syarat:

  • Belia berumur 18 hingga 35 tahun (Terbuka), Pelajar Tingkatan 3 - Tingkatan 6, A Level & Matrikulasi dan yang setaraf berumur 15 hingga 18 tahun (sekolah);
  • Belia yang lahir di Malaysia;
  • Pelajar Sekolah Menengah & Pelajar asing (bukan warganegara Malaysia) adalah dikehendaki untuk mendapatkan surat sokongan daripada kolej/universiti anda
  • Bukan pelajar juga layak untuk sertai
  • Anda dikehendaki menyediakan Rancangan Perniagaan.
  • Anda perlu mendaftar dalam kumpulan 2 hingga 5 orang (kesemua ahli kumpulan perlu berasal dari Pulau Pinang / pemastautin tetap di Pulau Pinang).
  • Semua peserta dari Pulau Pinang - anda dikehendaki mendapatkan surat sokongan dari sekolah / kolej / universiti anda.
  • Semua belia yang bekerja di Pulau Pinang - anda dikehendaki mendapatkan surat sokongan daripada organisasi / syarikat / majikan anda.
  • Idea/ pembentangan / perkhidmatan / produk anda mestilah tulen dan asli.
  • Pemenang (Juara, Naib Juara 1 & Naib Juara ke-2) daripada pertandingan YEC sebelum ini tidak dibenarkan menyertai lagi.
  • Peserta yang tidak memenuhi syarat akan dibatalkan serta merta.
  • Bantahan tidak akan dilayan kerana semua keputusan adalah MUKTAMAD.
  • Rancangan perniagaan dan pembentangan perlu disediakan dalam Bahasa Malaysia.
  • Pelan perniagaan yang menang dalam mana-mana pertandingan lain adalah tidak layak untuk menyertai.
  • Projek mesti membawa manfaat / nilai tambah kepada masyarakat atau negara