×

Participant

Organiser

Your World Is Our World, Together We Stand, Fun Walk & Run

Your World Is Our World, Together We Stand, Fun Walk & Run banner

Program Fun Walk & Run “Let’s Get Healthy Together” ini merupakan program larian amal yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (Kelantan Sports Association Of The Deaf- Kelsdeaf) Malaysia dalam usaha untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan orang ramai dan golongan kelainan upaya. Disamping meningkatkan tahap kecergasan diri. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat semakin menular dikalangan masyakarat. Oleh yang demikian, kami telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu larian 5km fun run bagi mengamalkan aktiviti kecergasan dikalangan anggota masyarakat dan pada masa yang sama mempromosikan aktiviti larian ini kepada masyarakat Kelantan.

 

 

Matlamat :-

Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan aktiviti larian dan meningkatkan tahap kecergasan masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. . Pada masa yang sama, dapat meningkatkan kesedaran komuniti terhadap golongan kelainan upaya. Disamping itu juga, secara tidak langsung program ini dapat menambah dana / sumber kewangan Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti serta Kejohanan Sukan Orang Pekak Malaysia Dan Sukan Orang Pekak Malaysia serta memberi hiburan kepada masyarakat setempat.

 

Objektif Program :-

1. Sebagai satu platform untuk mengumpul dana bagi membantu Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan.

 

2.Melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

 

3. Memberi peluang kepada masyarakat yang baharu mengikuti aktiviti larian.

 

4. Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai golongan OKU sebagai salah satu kumpulan minoriti dalam komuniti di Malaysia yang juga mempunyai hak sebagaimana individu normal.

 

5. Membina, memupuk dan melahirkan masyarakat yang kuat fizikal dan jati diri serta dapat mewujudkan sikap daya saing.

 

6. Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.

 

7. Memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengenali golongan OKU dengan lebih dekat.

                                      


SESI PENGAMBILAN RACE KIT:
i. Peserta TIDAK BOLEH mengambil race kit pada hari program berlangsung
ii. BAWA salinan kad pengenalan dan salinan resit pembayaran sebagai rujukan pihak krew program
iii. Peserta yang TIDAK DAPAT HADIR program larian perlu hadir berjumpa dengan pengurus program pada hari pengambilan race kit.
iv. Peserta yang TIDAK DAPAT HADIR tidak akan dikembalikan wang pada perserta.

MASA : 7.00 PAGI (FLAG OFF)

Syarat-syarat pertandingan :-

PENYERTAAN & PENDAFTARAN:
i. Pendaftaran adalah TERBUKA kepada semua orang
ii. Nama PESERTA haruslah dihantar SEBELUM 1 Februari 2023
iii. Peserta BERUMUR 12 TAHUN KEBAWAH yang mengikuti larian perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga
iv. Penyertaan perlu dilakukan dengan mendaftar NAMA PENUH, NO
KAD PENGENALAN, NO. TELEFON, NO. TELEFON AHLI KELUARGA JIKA BERLAKU KECEMASAN dan UKURAN BAJU Kepada Ajk Pendaftaran.
v. Bayaran penyertaan adalah mengikut kategori yang telah disenaraikan.

Date: 10th March 2023

Time: 09:00 AM - 06:00 PM

Venue: Bazar Tok Guru, Kota Bharu


Your World Is Our World, Together We Stand, Fun Walk & Run race kit collection banner


  • T-Shirt
  • Medal
  • Bib Number
  • Refreshment
  • Insurance
  • Lucky Draw