×

Please Login

Bendang Briskwalk 2027

Bendang Briskwalk 2027 runners at PPK Kampung Pelet

Days
Hours
Minutes
Seconds
03 January 2027
(Sunday)
Event Details
3rd January 2027
7.45 AM
3km
RM 20
COMING SOON
Registration opens
23 Nov 2026, 8:23 PM

๐ŸŒพ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ BENDANG BRISKWALK 2027 โ€“ JOM DAFTAR SEKARANG! ๐Ÿƒ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐ŸŒพ


๐Ÿ”ฅ HANYA RM20 SAHAJA! TERHAD KEPADA 500 PESERTA! ๐Ÿ”ฅ


Nak rasai pengalaman berjalan santai sambil menikmati keindahan suasana bendang yang menghijau? ๐ŸŒด๐ŸŒพ


Jom sertai BENDANG BRISKWALK 2027 anjuran KakFit @ Permatang Pauh! ๐Ÿ’š


Bukan sekadar berjalan santai, malah pelbagai hadiah menarik menanti anda! ๐ŸŽโœจ


๐Ÿ“Œ BUTIRAN PROGRAM


๐Ÿ“… Tarikh: 3 Januari 2027 (Ahad)

โฐ Masa: 7.45 Pagi (Flag Off)

๐Ÿ“ Tempat: PPK Kampung Pelet, Permatang Pauh

๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ Jarak: 3KM Fun Walk

๐Ÿ’ฐ Yuran Penyertaan: RM20.00 SAHAJA!


๐ŸŽฝ APA YANG ANDA AKAN DAPAT?


โœ… Jersey Eksklusif Bendang Briskwalk

โœ… Snack Pack

โœ… Kupon Cabutan Bertuah

โœ… Peluang Memenangi Pelbagai Hadiah Menarik! ๐ŸŽ


๐ŸŽ‰ PELBAGAI HADIAH CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA!


Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan pakat mai ramai-ramai! Tak kisah berjalan laju atau santai, yang penting kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sambil menikmati suasana kampung yang mendamaikan. ๐ŸŒฟ๐Ÿ’š


โš ๏ธ SLOT TERHAD KEPADA 500 ORANG PESERTA SAHAJA!


๐Ÿ“ฒ DAFTAR SEKARANG!

Imbas kod QR pada poster untuk membuat pendaftaran.


๐Ÿ“ฆ PENGAMBILAN KIT PESERTA

๐Ÿ“… 2 Januari 2027 (Sabtu)

โฐ 10.00 Pagi โ€“ 4.00 Petang

๐Ÿ“ PPK Kampung Pelet, Permatang Pauh


๐Ÿ”ฅ JANGAN TUNGGU LAST MINUTE! DAFTAR SEBELUM SLOT PENUH!


๐ŸŒพ JUMPA ANDA DI BENDANG BRISKWALK 2027! ๐ŸŒพ


#BendangBriskwalk2027 #KakFitPermatangPauh #FunWalk3KM #PermatangPauh #JomBriskwalk

TERMA & SYARAT PENYERTAAN


BENDANG BRISKWALK 2027


1. Acara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah mengikut undang-undang Malaysia.

2. Peserta yang berumur di bawah 15 tahun mestilah ditemani oleh sekurang-kurangnya seorang ibu bapa atau penjaga yang sah sepanjang acara berlangsung.

3. Peserta yang melengkapkan borang pendaftaran secara dalam talian dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi segala terma, syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

4. Setiap peserta diwajibkan memakai pakaian yang bersesuaian dan memaparkan nombor peserta (BIB), sekiranya dibekalkan, pada bahagian hadapan pakaian sepanjang acara berlangsung bagi tujuan pengesahan dan keselamatan.

5. Pihak penganjur berhak untuk meminda, mengubah atau menambah mana-mana terma, syarat dan peraturan acara dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan kesesuaian.

6. Setelah pendaftaran dan pembayaran disahkan, sebarang permohonan untuk menukar saiz jersi atau maklumat penyertaan tidak akan dilayan. Peserta dinasihatkan supaya memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum membuat pengesahan pendaftaran.

7. Pengambilan kit peserta hanya dibenarkan pada tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan seperti berikut:

ย  ย  Tarikh: 2 Januari 2027 (Sabtu)

ย  ย  Masa: 10.00 Pagi โ€“ 4.00 Petang

ย  ย  Tempat: PPK Kampung Pelet, Permatang Pauh

ย  ย  Sebarang pengambilan kit pada hari acara, iaitu 3 Januari 2027 (Ahad), TIDAK DIBENARKAN.

8. Peserta yang tidak dapat menghadiri acara atas apa-apa sebab tidak layak menuntut pemulangan yuran penyertaan atau sebarang bentuk ganti rugi daripada pihak penganjur.

9. Kupon cabutan bertuah hanya diberikan kepada peserta yang layak berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Peserta hendaklah mematuhi peraturan cabutan bertuah yang diumumkan semasa acara.

10. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, seperti hujan lebat, ribut, jerebu atau berlaku sebarang keadaan luar jangka yang boleh menjejaskan keselamatan peserta, pihak penganjur berhak untuk menangguhkan, mengubah atau membatalkan acara. Sebarang pemulangan yuran penyertaan adalah tertakluk kepada dasar yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan undang-undang yang berkenaan.

11. Semua kit peserta yang tidak diambil pada tarikh yang ditetapkan akan diuruskan mengikut budi bicara pihak penganjur. Pihak penganjur berhak menetapkan tempoh akhir tuntutan kit yang tidak diambil.

12. Peserta bersetuju bahawa gambar, rakaman video dan audio yang diambil sepanjang acara boleh digunakan oleh pihak penganjur untuk tujuan dokumentasi, laporan, hebahan dan promosi program, tertakluk kepada undang-undang perlindungan data dan privasi yang berkenaan.

13. Sebarang pertanyaan, permohonan atau aduan berkaitan penyertaan hendaklah dikemukakan kepada pihak penganjur sebelum atau pada hari acara bagi memudahkan urusan penyelesaian.

14. Setiap peserta bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan dan kecergasan diri adalah bersesuaian untuk menyertai aktiviti berjalan santai sejauh 3KM. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan sebelum menyertai acara.

15. Pihak penganjur berhak menasihatkan atau mengarahkan mana-mana peserta untuk tidak meneruskan aktiviti sekiranya peserta menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, mengalami kecederaan atau berada dalam keadaan yang boleh membahayakan keselamatan diri.

16. Semua peserta diwajibkan mematuhi arahan petugas, marshal keselamatan dan pihak penganjur sepanjang acara berlangsung. Peserta hendaklah menggunakan laluan yang telah ditetapkan dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta peserta lain.

17. Peserta bertanggungjawab terhadap keselamatan barangan peribadi masing-masing sepanjang acara berlangsung.

18. Penyertaan adalah terhad kepada 500 orang peserta sahaja dan tertakluk kepada kekosongan slot pendaftaran.

19. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM20.00 seorang, termasuk jersi acara, snack pack dan kupon cabutan bertuah seperti yang dinyatakan dalam pakej penyertaan.

20. Keputusan pihak penganjur berkaitan pengurusan dan pelaksanaan acara adalah muktamad, tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa.


PENGAKUAN PESERTA


Dengan meneruskan pendaftaran, saya mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma serta syarat penyertaan BENDANG BRISKWALK 2027 yang dinyatakan di atas.

Date: 2nd January 2027

Time: 10:00 AM - 04:00 PM

Venue: PPK Kampung Pelet, Permatang Pauh


Bendang Briskwalk 2027 race kit collection banner


T-shirt

This customiser is purely for illustration and entertainment purposes, and does not affect the final entitlements you will receive.

Medal

Stay tuned, more updates coming!



Home Search QR Hobay Profile