×

Participant

Organiser

Maju Cultural Night Run 2019

Maju Cultural Night Run 2019 banner

1.0    LATAR BELAKANG

1.1    Larian ”Maju Cultural Night Run @ 2nd Bridge, Penang” merupakan acara julung-julung kali diadakan yang menggabungkan aktiviti larian santai (fun run), persembahan kesenian dan kebudayaan serta pelbagai aktiviti lain berkonsepkan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.
  
1.2    Larian ”Maju Cultural Night Run @ 2nd Bridge, Penang”akan dianjurkan pada 15 September 2019 (Ahad), jam 9.00 malam bertempat di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS), Pulau Pinang.


2.0    PENGANJUR “MAJU CULTURAL NIGHT RUN @ 2ND BRIDGE, PENANG”

2.1    Larian ”Maju Cultural Night Run @ 2nd Bridge, Penang” ini dianjurkan oleh Koperasi LLM berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jambatan Kedua Sdn. Bhd (JKSB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Persatuan Olahraga Amatur Negeri Pulau Pinang (PAAA). Acara ini turut dijayakan dengan sokongan Jawatankuasa Penganjur yang terdiri daripada agensi-agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan-Persatuan Sukan dan lain-lain agensi yang berkaitan.


3.0    OBJEKTIF PENGANJURAN ” MAJU CULTURAL NIGHT RUN @ 2ND BRIDGE, PENANG”

3.1    Objektif penganjuran ”Maju Cultural Night Run @ 2nd Bridge, Penang” adalah bertujuan untuk:

(i)      Memperkenalkan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai laluan utama untuk ke Pulau Pinang;
(ii)     Menggalakkan aktiviti pelancongan ke Pulau Pinang khasnya & Malaysia amnya;
(iii)    Memperkenalkan kepelbagaian budaya penduduk Malaysia kepada pelancong asing;
(iv)    Mengalakkan gaya hidup sihat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan;
(v)    Memupuk semangat muhibbah, toleransi dan kerjasama dikalangan penduduk berbilang kaum; dan
(vi)    Mengutip dana untuk disumbangkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.
 

4.0    KONSEP PENGANJURAN “MAJU CULTURAL NIGHT RUN @ 2ND BRIDGE, PENANG”

4.1    Acara ”Maju Cultural Night Run @ 2nd Bridge, Penang” ini adalah berkonsepkan larian secara santai di mana peserta tidak bertanding kelajuan larian sesama mereka tetapi lebih menikmati keindahan pemandangan di sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang pada waktu malam dengan lebih dekat. 

4.2    Peserta digalakkan memakai pakaian/”costume” mengikut budaya masing-masing bagi memeriahkan suasana.

4.3    Kemeriahan acara akan diserikan dengan mengadakan persembahan kebudayaan seperti Boria, Chinggey, tarian Bhangra, tarian Melayu, tarian India dan sebagainya di beberapa lokasi tertentu di sepanjang laluan acara larian.

4.4    Laluan jambatan juga akan dihiasi dengan ”decorative light” berwarna warni di sepanjang jambatan.

4.3    Jarak larian adalah sejauh 7 kilometer.

 

5.0    SASARAN PENYERTAAN

5.1    Larian ”Maju Cultural Night Run @ 2nd Bridge, Penang” ini mensasarkan penyertaan dari dalam negeri dan antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Peserta akan dibahagikan kepada kategori  remaja dan dewasa. 

5.2    Anggaran jumlah peserta yang disasarkan adalah seramai  5 ribu hingga 7 ribu peserta.

  • 7km - 9.00pm

Date: 13th September 2019
Time: 3.00pm - 6.00pm
Venue: Pejabat Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang.

 

Date: 14th September 2019
Time: 10.00am - 5.00pm
Venue: Pejabat Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang.

 

Date: 15th September 2019
Time: 9.00am - 12.00pm
Venue: Pejabat Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jalan Sultan Azlan Shah, Pulau Pinang.

Category Age Fee
(RM)
Adult 18 yrs old & above 60.00
Teenager 13 - 17 yrs old 50.00
IPTA/IPTS (Group) -
Secondary School (Group) 13 - 17 yrs old 40.00
OKU - 30.00

* Exclusive admin fee

  • T-Shirt
  • Finisher Medal
  • E-Certificate
  • Goodies Bags
  • Lucky Draw

T-shirt

Medal

T-shirt Sizing Chart

This section of information will be confirmed and published soon. Please check again later, stay tuned!

This section of information will be confirmed and published soon. Please check again later, stay tuned!

Grand Prize

Lucky Draw
*Brand to be confirmed.

  • 10 hadiah best dressed/costume
  • 5 hadiah most eldest participant
  • 10 hadiah penyertaan sekolah teramai
  • 5 hadiah penyertaan IPTA/IPTS teramai
  • 5 hadiah penyertaan syarikat korporat/agensi kerajaan / persatuan teramai
  • 35 cash prizes by category for participation
  •  200 prizes for Lucky Draw and the Grand prize is motorcycle

Route Map